Pantun |
Sumber |
Tema |
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Itik kedek-kedek, Masuk sawah padi; Paras rupa cantik, Elok hati budi. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Pergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| rupa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,
2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,
3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,
| Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan, |
|
Puisi |
---|
|
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 182 Like father, like son Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga. Bagaimana rupa, begitulah bayangnya She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed. Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana rupa, begitulah bayangnya . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|