Pantun |
Sumber |
Tema |
Rapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pohon temu tumbuhnya rapat, Rapat lagi si pohon jati; Kawan beribu mudah didapat, Sahabat setia payah dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tuan membuat sangkar, Pasangnya rapat-rapat; Lemah liat kayu akar, Dilentur boleh dipatah tak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kalau jermal hendak mengena, Cacakkan belat rapat-rapat; Kalau amalan hendak sempurna, Banyakkan selawat kepada Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok kain benangnya rapat, Bila rapat sopan dipakai; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat kehidupan damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| rapat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh, Berantonim dengan jarang
2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit, Berantonim dengan jauh
3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra, Berantonim dengan renggang
| Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.
Lihat selanjutnya... |
|