| 
	
                            
		
			
				
					
  
    | Pantun | Sumber | Tema |  | Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |  | Pukat rantau telah tersadai, Pukat dimuat dalam jongkong; Adat merantau mencari pandai, Adat berniaga mencari untung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |  | Hilirkan rantau mentulik, Bermalam di muara janggi, Hilirnya menepi-nepi; Dalam sirih nan secarik, Dalam pinang nan setomi, Ada juga kehendak hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |  | Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |  | Pisau peraut baru bertuang, Beri bertali rotan saga; Rantau diturut dengan undang, Negeri dihuni dengan lembaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |  | Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |  | Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  | Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  | Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |  | Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |  | | Tesaurus | 
|---|
 |  |  | rantau (kata nama) |  | 1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung, 
 2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,
 
 
 |  | Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau, |  | 
 | 
| Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Pisang kelat digonggong helang,
 Jatuh sebiji ke Inderagiri;
 Kalau pergi ke rantau orang,
 Baik-baik membawa diri.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |