Pantun |
Sumber |
Tema |
Mahathir, Najib dan Datuk Rahmat, Duduk semeja mengatur acara; Hadir sekelian penuh semangat, Pokok bicara makmurkan Negara, | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat, Kembang melur kuntum melati; Minta alamat syukur selamat, Di dalam telur lagi nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Mamat berlari di atas bukit, Atas bukit bunga kenanga; Rahmat Allah bukan sedikit, Dalam pahit ada manisnya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Orang beradat mensyukuri nikmat, Rezekinya tidak dimakan sendiri; Membuang adat menjauhlah rahmat, Dirinya rosak Tuhan kan benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sampan jangan lama bertambat, Bila lama tak ada manfaatnya; Makan jangan lupakan rahmat, Bila lupa tak ada berkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila kerja berjaja labu, Tentulah dapat pula menyayur; Apabila setia menjaga ibu, Tentulah rahmat Allah mengucur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Hari Jumaat ikut mengaji, Sehari dapat dua kali khatam; Nabi Muhammad patut dipuji, Memberi rahmat seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| rahmat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan rahim: belas kasihan, ihsan,
2. Bersinonim dengan kurniaan: berkat, restu, anugerah, limpahan, ganjaran, balasan, Berantonim dengan laknat
3. Bersinonim dengan hikmat: faedah, kegunaan, keuntungan, tuah, kebaikan, fadilat,
| Kata Terbitan : merahmati, |
|
|