Kata |
Takrif |
Sumber |
kurniaan | sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kurniaan | anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukjizat | Ar kejadian luar biasa kurniaan Allah kpd para nabi dan rasul utk membuktikan kebenaran mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anugerah | pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegembiraan | keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkhayal | 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurnia | 1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kurnia | 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembira | 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: Saya suka, saya ~, katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayal | 1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolaholah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (membayangkan) dlm angan-angan, menganganangankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
endowment | n 1. act, process of endowing, pembiayaan; 2. (usu in pl)money, property etc received, biaya; 3. (usu in pl), (fml) natural talent or quality, kurniaan, anugerah: very few women are born with such ~s, hanya segelintir wanita yg lahir dgn anugerah spt itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
honour | n 1. nobleness, mulia: prophets are men of ~, para rasul ialah orang yg mulia; 2. great respect, penghormatan: it was the ~ of winning that was important to him, not the prize, yg penting baginya ialah penghormatan krn menang, bukan hadiahnya; 3. good name, nama baik, kehormatan, maruah: to fight for a countrys ~, berjuang utk mempertahankan maruah negara; he felt that his ~ had been tarnished, dia merasakan nama baiknya telah tercemar; a womans ~, kehormatan sso wanita; 4. privilege, distinction, penghormatan: he was given the ~ of carrying the Olympic torch, dia diberi penghormatan membawa obor sukan Olimpik; 5. thing given to honour so., anugerah, kurnia(an): birthday ~s, kurniaan sempena hari keputeraan; 6. so. or st that brings credit, kebanggaan: he is an ~ to his profession, dia menjadi kebanggaan profesionnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lakatan Ky | pulut. | Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kurniaan | [kur.nia.an] | کورنياءن |
|
Tesaurus |
---|
| kurnia (kata nama) | Bersinonim dengan kasih, anugerah, pemberian, nikmat, hadiah, berkat, rahmat;, | | Kata Terbitan : mengurniakan, kurniaan, pengurniaan, |
|
|