Kata |
Takrif |
Sumber |
anugerah | hadiah atau pemberian drpd orang yg lebih tinggi atau besar darjatnya; kurnia: Beliau mendapat ~ drpd sultan kerana jasanya kpd masyarakat. menganugerahi memberi seseorang anugerah; memberikan anugerah kpd; mengurniai: Baginda ~ pahlawan itu bintang kehormatan. menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat AMN kpd beliau. penganugerahan penyampaian atau pemberian anugerah; perbuatan (hal dsb) menganugerahi atau menganugerahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anugerah | hadiah atau pemberian drpd orang yg lebih tinggi atau besar darjatnya; kurnia: Beliau mendapat ~ drpd sultan kerana jasanya kpd masyarakat. menganugerahi memberi seseorang anugerah; memberikan anugerah kpd; mengurniai: Baginda ~ pahlawan itu bintang kehormatan. menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat A.M.N. kpd beliau. penganugerahan penyampaian atau pemberian anugerah; perbuatan (hal dsb) menganugerahi atau menganugerahkan. | Kamus Pelajar |
menganugerahi | memberi seseorang anugerah; memberikan anugerah kpd; mengurniai: Baginda ~ pahlawan itu bintang kehormatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menganugerahi | memberi seseorang anugerah; memberikan anugerah kpd; mengurniai: Baginda ~ pahlawan itu bintang kehormatan. | Kamus Pelajar |
anugerah | pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara; menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurniaan | anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anugeraha | ark ® anugerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penganugerahan | pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganugerahi | memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nikmat | Ar 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), mengalami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. mengalami, merasai: menjadi suatu tanggungjawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ pengalaman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, kesedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg memungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
award | n 1. st conferred, bestowed, a. (prize) hadiah: his horse was given the highest ~ in the show, kudanya diberi hadiah tertinggi dlm pertunjukan itu; b. (honour) anugerah; (given by head of state) anugerah, kurnia(an): the National Literary A~, Anugerah Sastera Negara; c. (grant) hadiah bantuan: a postgraduate ~, hadiah bantuan ijazah lanjutan; 2. decision made by judge, arbitrator, award: to set aside an ~, mengetepikan sst award; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
honours list | n senarai penerima anugerah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blue-ribbon | n 1. highest distinction, anugerah tertinggi; 2. first prize in a competition, hadiah pertama. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
endowment | n 1. act, process of endowing, pembiayaan; 2. (usu in pl)money, property etc received, biaya; 3. (usu in pl), (fml) natural talent or quality, kurniaan, anugerah: very few women are born with such ~s, hanya segelintir wanita yg lahir dgn anugerah spt itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bow1 | vt 1. bend the head or body, menundukkan: they ~ed their heads in prayer, mereka menundukkan kepala semasa berdoa; 2. express by bowing, tunduk sbg tanda [sst]: the recipient of the award ~ed his thanks, penerima anugerah itu tunduk sbg tanda terima kasih; to ~ os consent, tunduk utk menandakan persetujuan; 3. cause to bend, (act.) melenturkan; (pass.) melentur: the gale ~ed the trees, angin kencang melenturkan pohon-pohon itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indeed | b. (confirming a supposition, hypothesis) memang: Churchill had predicted that Hitlers policy would lead to war and that was ~ what happened, Churchill telah meramalkan bahawa dasar Hitler akan menyebabkan berlakunya peperangan dan memang itulah yg terjadi; 2. (used to add a further statement to a point one has just made in order to strengthen it) malah, bahkan: I was surprised, ~ delighted, to learn that he had won the award, saya terkejut, malah sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa dia telah memenangi anugerah itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
honour | n 1. nobleness, mulia: prophets are men of ~, para rasul ialah orang yg mulia; 2. great respect, penghormatan: it was the ~ of winning that was important to him, not the prize, yg penting baginya ialah penghormatan krn menang, bukan hadiahnya; 3. good name, nama baik, kehormatan, maruah: to fight for a countrys ~, berjuang utk mempertahankan maruah negara; he felt that his ~ had been tarnished, dia merasakan nama baiknya telah tercemar; a womans ~, kehormatan sso wanita; 4. privilege, distinction, penghormatan: he was given the ~ of carrying the Olympic torch, dia diberi penghormatan membawa obor sukan Olimpik; 5. thing given to honour so., anugerah, kurnia(an): birthday ~s, kurniaan sempena hari keputeraan; 6. so. or st that brings credit, kebanggaan: he is an ~ to his profession, dia menjadi kebanggaan profesionnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
factor endowment | anugerah faktor | Ekonomi | Tiada | Sumber yang terdapat dalam sesebuah negara yang boleh digunakan sebagai faktor dalam pengeluaran barang-barang untuk dieksport. Teori perdagangan antarabangsa menyatakan bahawa wujud kecenderungan bagi sesebuah negara untuk mengkhusus dalam pengeluaran barang eksport yang menggunakan secara intensif faktor yang di anugerah dengan banyak. |
laureate | penerima anugerah | Umum | Tiada | Individu yang diberi penghormatan atau pingat bagi suatu pencapaian. |
background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
anugerah | tidan [tidan] | Melanau Dalat | |
anugerah | kuniak. | kedayan | |
sedekah | anugerah | TETAW | |
Kamus Thai 2.indb bahawa semua perompak bank itu telah di- tangkap. สดใส [sotsai] ว 1 (ใบหน ้ า) berseri-seri: ใบหน ้ าของเธอสดใสขณะรับรางวัลแม ่ ตัวอย ่ าง Wajahnya berseri-seri sewaktu meneri- ma Anugerah Ibu Mithali. 2 (ท ้ องฟ้า สี) cerah: เมื่ อเช ้ านี้ ท ้ องฟ ้ ามืดครึ้ มแต ่ ตกเย็นดูสดใส Pagi tadi langit mendung tetapi petang ini nampaknya cerah. สดมภ
|
Kamus Thai 2.indb ้ า 3 โครงเรื่อง [-ra] น jalan cerita, plot: คณะกรรมการต ั ดส ิ นรางว ั ลซ ี ไรต ์ กำล ั งพิจารณา โครงเรื่ องของนิยายเล ่ มน ั ้น Panel penilai anugerah SEA Write sedang meneliti jalan cerita novel itu. โคลง 1 [klo:] น sejenis puisi Thai, klong โคลง 2 [klo:] ก 1 mengoleng: เด ็ ก ๆ โคลงเรือจนล ่ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
anugerah | [a.nu.ge.rah] | انوݢره |
anugeraha (anugerah) | [a.nu.ge.ra.ha] | انوݢرها |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata anugerah |
|
|