Pantun |
Sumber |
Tema |
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Bermuka manis patut perangai; Adat berdiri sempurna budi, Sengketa habis kusut selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kain sarung pakaian pemuda, Pergi mengaji di waktu pagi; Jangan diikut perangai Belanda, Diberi satu minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| perangai (kata nama) | Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda,
olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;, | | Kata Terbitan : berperangai, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 6 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|