Pantun |
Sumber |
Tema |
Biarlah parang dicanuk Iekat, Lekat itu banyak karatnya; Biarlah orang merebut pangkat, Pangkat itu banyak mudaratnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Darjat pangkat berserta bintang, Darjat diukur tidak terbilang, Hajat berdagang di tanah seberang, Dapat untung dibawa pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berpangkat-pangkat batang kuini, Takik di mana abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Adik di mana abang tingglkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang tinggi tentulah pucuk, Yang rendah tentulah pangkat; Orang berbudi tentulah elok, Orang menyalah tentulah nakal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Biarlah orang menebar pukat, Kita menebar jala sepukal; Biarlah orang mengejar pangkat, Kita mengejar kerja nan halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kata tua kata berpunca, Punca melekat pada akidah; Hina bangsa kerana loba, Loba pangkat gila berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| pangkat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,
2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,
| Kata Terbitan : berpangkat, |
|
|