Pantun |
Sumber |
Tema |
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jong-jong muka pintu, Hendak belayar hutan seberang; Jangan Mak Jah berkata begitu, Bunyinya malu di depan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetakku bemban di muka pintu, Dibakar dengan bunga selasih; Janganlah jangan cakap begitu, Belumlah kita bercerai kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang ramuning di muka laut, Sayang rambutan di dalam puan; Tubuhnya kuning bagai diraut, Kerana sayang denganmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Basah kuyup orang bersampan. Muka pucat badan pun letih; Susah hidup abang tahankan, Mengapa takut memadu kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Belum mandi sudah bertandang, Tentulah muka tidak berseri; Belum berjanji sudah meminang, Tentulah hamba tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sifat jantan gagah berani, Bersikap tegas muka belakang; Adat berjalan bertuah negeri, Bercakap bebas tiada mengekang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| muka (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,
2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka, |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 306 Let bygones be bygones Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones. Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|