Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sukarnoputri menjalin hubungan, Parti Golkar Akhbar Tanjung; Rakyat miskin dilupa jangan, Tenaga mereka seteguh gunung. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Orang beradat hatinya belas, Kasihan kepada fakir dan miskin; Membuang adat pekerti buas, Dengan saudara lenjin-melenjin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Minyak naik harga, Ikut pasaran dunia; Banyak tak terduga, Miskin terus teraniaya. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalang | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| miskin (adjektif) | Bersinonim dengan fakir, papa, daif, susah, payah, melarat, merana, merempat, menderita, sengsara,
azab, kedana, sarit, bapet, bulus, bangsat, sengkek, makan dawai, makan kawat, makan kerawit,
makan tali, makan tanak, makan nasi dengan garam, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang;, | | Kata Terbitan : memiskinkan, kemiskinan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 352 Give him an inch and he will take a yard Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi. Diberi betis hendak peha. Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed. Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|