Pantun |
Sumber |
Tema |
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah padi masak sepenggal, Mari diketam anak Melayu; Buah hati selamat tinggal, Bukanlah kami membuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah padi masak bersantar, Diberi oleh raja Belanda; Tujuh hari mayat terlantar, Menanti ubat bawaan adinda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| masak (adjektif) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang, ranum, Berantonim dengan muda
2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk, lembut, lunak, Berantonim dengan mentah
2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua, Berantonim dengan mentah
| Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, |
|
Puisi |
---|
|
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.
Lihat selanjutnya... |
|