Pantun |
Sumber |
Tema |
Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Pisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Masak bubur sampai menidih, Hidangan pagi orang Mersing; Ibu mana tidak bersedih, Ada anak duduk berasing. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Masak bubur beras secawan, Buah pedada sambal bergula; Dalam tidur terlihat tuan, Dalam jaga rasa nak gila. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| masak (adjektif) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang, ranum, Berantonim dengan muda
2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk, lembut, lunak, Berantonim dengan mentah
2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua, Berantonim dengan mentah
| Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, |
|
Puisi |
---|
|
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 335 Look before you leap Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru). Pukul anjing tengok-tengok tuannya I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one. Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|