Pantun |
Sumber |
Tema |
Tarah bertarah kayu dikupak, Di dalam tarah ada batangnya; Semarah-marah ibu dan bapak, Di dalam marah ada sayangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana orang tidakkan marah, Tengah bersantap tiba pengacau; Bagaimana abang takkan menyanyah, Adinda bercakap sambil meracau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana ikan bertambah marah, Banyaklah udang lari ke darat; Kerana hutan punah dirambah, Banyaklah kijang jadi melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana khatib takkan marah, Hari Jumaat pergi berburu; Bagaimana aib takkan terdedah, Laki jahat bini pencemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana belut tidakkan marah, Anak buaya suka memekak; Bagaimana lutut tidakkan goyah, Awaklah tua suka merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak sirih hendak ditebang, Gagak marah menjerit-jerit; Sejak kekasih minta dipinang, Botak kepala mencarikan duit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana ungka tidak memanjat , Kijang marah semut merengus; Bagaimana muka tidakkan merah, Sedang menyembah kentut berlepus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jika menyukat tidak pandai, Ada yang marah ada mengumpat; Jika adat tidak dipakai, Pusaka punah nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak musang berjalan malam, Bila terlambat induknya marah; Sejak bujang makan yang haram, Bila tak taubat dikutuk Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| marah (kata kerja) | Bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang,
menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati,
sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak,
naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga,
menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang,
mendongkol, palak, meranyuk;, | | Kata Terbitan : memarahi, memarahkan, kemarahan, pemarah, |
|
Puisi |
---|
|
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.
Lihat selanjutnya... |
|