Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendak mengada majlis bergendang, Minta kebenaran di Rumah Pasung; Hendak menangkap ikan terbang, Terlepas keli terlepas baung. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Direnjis-renjis sambil menari, Bersulam emas kain tirai, Majlis umpama pari-pari, Semalam kahwin esok bercerai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Apabila duduk menulis, Jangan mematah kalam; Apabila duduk di majlis, Jangan berlidah tajam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila duduk menulis, Jangan tertumpah dakwat; Apabila duduk di majlis, Jangan suka mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau duduk tulis menulis, Elok juga membaca kitab; Kalau duduk dalam majlis, Elok-elok dalam bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kalau menangkap si ikan bilis, Pilihlah dulu lentik bongkoknya; Kalau bercakap di dalam majlis, Fikir dahulu buruk baiknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| majlis (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,
2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan,
perhimpunan.,
|
|
Puisi |
---|
|
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini.
Lihat selanjutnya... |
|