Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok parang kerana berhulu, Hulu longgar cepatlah rosak; Elok orang kerana bermalu, Malu melanggar adat dan syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ingat-ingat memasang taji, Bila longgar jatuh ke tanah; Ingat-ingat abang berjanji, Bila dilanggar dimakan sumpah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| longgar (adjektif) | 1. Dalam konteks pakaian bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran, Berantonim dengan ketat
2. Dalam konteks skru, paku, bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut, Berantonim dengan ketat
3. Dalam konteks persahabatan bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan, Berantonim dengan erat
| Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran, |
|
|