Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau tuan memerah susu, Susu ditaruh di dalam talam; Saya tidak lupa ibu, Ibu menjaga siang dan malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyaklah tebu perkara tebu, Tidakkan sama tebu lanjung; Banyaklah ibu perkara ibu, Tidakkan sama ibu kandung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Johor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taat anak ke ibu bapak, Hidup dan mati ia muliakan; Adat tegak tuahnya nampak, Hidup berbudi mati beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Amanah dipegang pesan diikut; Adat tegak tuahnya nampak, Ke mana melenggang tiada sangkut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Jasa dibalas budi dikenang; Adat tegak tuahnya nampak, Bekerja ikhlas hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Patuh tidak berbelah bagi; Adat tegak tuahnya nampak, Senonoh akhlak sempurna budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat anak ke ibu bapak, Pantang sekali berlaku kasar; Adat tegak tuahnya nampak, Lapang hati malu bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| ibu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat, Berantonim dengan bapa
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan induk, inti, pokok,
| Kata Terbitan : keibuan, |
|
Puisi |
---|
|
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.
Lihat selanjutnya... |
|