Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Macam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila padi tidak ditampi, Manakan tahu bernas dan hampa; Apabila janji tidak ditepati, Banyaklah seteru nahas pun tiba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Duduk menampi padi usang, Entak berdedak entak tidak, Tidak berdedak hampa melayang; Siapa nan tahu hati orang, Entah hendak entah tidak, Adik menjadi bunga kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekat | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Orang bergerak gegak-gempita; Sungguh malang nasib diriku, Cinta ditolak harapan hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| hampa (adverba) | 1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong, Berantonim dengan berisi
2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,
3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya, Berantonim dengan berjaya
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,
| Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan, |
|
Puisi |
---|
|
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat.
Lihat selanjutnya... |
|