Pantun |
Sumber |
Tema |
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah nangka dimakan ulat, Belum masak sudah membusuk; Sudah lama kukirimkan surat, Belum nampak dinda menjenguk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
|
Tesaurus |
---|
| masak (adjektif) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang, ranum, Berantonim dengan muda
2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk, lembut, lunak, Berantonim dengan mentah
2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua, Berantonim dengan mentah
| Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, |
|
Puisi |
---|
|
Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara.
Lihat selanjutnya... |
|