PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
assembler | | | Mesin yang masih pada peringkat rekaan yang dapat menyusun individu atom atau molekul bagi menghasilkan suatu peranti nano. Contohnya, penghimpun swareplikasi yang dapat diprogramkan untuk menyalin dirinya sendiri apabila dibekalkan bahan mentah dan tenaga. Alat ini penting dalam bidang perubatan dan bioteknologi seperti dalam kejuruteraan genetik, di samping berpotensi dalam bidang elektronik yang lain. |
hyperfolding | | | Lipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar. |
metaphase chromosome | | | Struktur DNA pada peringkat kitaran sel yang berada dalam keadaan paling tumpat dan mudah untuk dibezakan. Kromosom ini selalu dipilih untuk dianalisis kerana mudah dicerap. Sekiranya kromosom ini terlalu tumpat dan mampat, proses penciriannya menjadi sukar. |
nanoscale lithography | | | Seni dan sains pemunaran, penulisan dan pencetakan huruf atau litar pada peringkat skala nanometer. Proses ini termasuklah kaedah mengubah suai cip semikonduktor pada skala atom untuk tujuan fabrikasi litar bersepadu. Peralatan yang digunakan dalam nanolitografi ini termasuklah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). |
|
Tesaurus |
---|
| peringkat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,
2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,
| Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan, |
|
|