PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
a priori concept | | | Pengetahuan yang diperoleh melalui tanggapan semata-mata dan bukan melalui fakta pengamatan. Contohnya, tanggapan yang dibuat ke atas isu moral atau etika kesan penggunaan nanoteknologi terhadap masyarakat. |
tissue engineering | | | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |
computer engineering | | | Disiplin ilmu yang menggabungkan kedua-dua bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Jurutera komputer yang dilatih dalam bidang ini biasanya mempunyai pengetahuan dalam kejuruteraan elektrik, reka bentuk perisian dan integrasi antara perkakasan dengan perisian. Kejuruteraan komputer melibatkan pelbagai aspek pengkomputeran seperti pemprosesan mikro, komputer peribadi, superkomputer, kuantum komputer, dan reka bentuk litar. |
protein engineering | | | Teknik untuk mereka bentuk protein bagi penggunaan tertentu dengan menerapkan gabungan ilmu sains, matematik dan ekonomi. Protein baharu direka bentuk dengan bantuan algoritma komputer berasaskan pengetahuan struktur dan fungsi protein. |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
|