PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
neuro-electronic interface | | | Antara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut. |
biometric | | | Pengenalpastian yang berasaskan ciri peribadi seperti mata, muka, dan cap jari. Biometri dapat dikesan secara elektronik. |
thermomicroscopy | | | Kaedah untuk pemetaan suhu dan kekonduksian terma pada antara muka bahan/sampel. |
pervasive computing | | | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
fullerene | | | Molekul berongga yang kesemua atomnya terdiri daripada unsur karbon dan mempunyai muka berbentuk heksagon, yang bercantum sehingga membentuk sfera, elipsoid atau tiub. Fulerena asal ialah C60 berbentuk sfera yang dipanggil bola bucky. Selain C60, fulerena C20, C22, C70, C76, C80 dan C84 juga dapat disintesiskan. Nanotiub karbon ialah salah satu contoh fulerena berbentuk silinder dengan kelebaran beberapa nanometer. Molekul ini merupakan sebatian yang sangat stabil terutama terhadap suhu dan sifat mekanik. Lihat juga bola bucky. |
Fresnel equation | | | Persamaan yang menerangkan pantulan dan penghantaran cahaya yang menimpa antara dua muka yang berbeza media optik seperti udara dan air. Persamaan Fresnel boleh diungkapkan sebagai: dengan Ts = pembelauan, Rs = pantulan, n1 = indeks belauan (medium 1), n2 = indeks belauan (medium 2), ?i - sudut pantulan atau sudut tuju dan ?t = sudut penghantaran |
scanning thermal microscope (SThM) | | | Alat yang digunakan untuk memeta suhu setempat dan kekonduksian terma antara muka. |
scanning electrochemical microscopy (SECM) | | | Kaedah yang digunakan untuk mengukur tingkah laku elektrokimia setempat bagi antara muka cecair-cecair, cecair-pepejal dan cecair-gas. |
scanning near-field thermal microscope (SNTM) | | | Pengimbas mikroskop yang digunakan untuk memetakan suhu setempat dan kekonduksian terma antara muka. Kuar pada mikroskop ini peka terhadap suhu setempat seperti termometer pada skala nano. |
high resolution transmission electron microscopy (HRTEM) | | | Kaedah pengimejan yang menggunakan kedua-dua alur terpancar dan terserak untuk membina imej antara muka. |
|
Tesaurus |
---|
| muka (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,
2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka, |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk.
Lihat selanjutnya... |
|