PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
light-harvesting complex | | | Kumpulan binaan yang terdiri daripada susunan pigmen yang dikelilingi oleh subunit protein. Pigmen ini menyerap cahaya dan memindahkan tenaga foton ke protein. Contohnya, kompleks yang mengandungi klorofil berfungsi memungut cahaya dalam proses fotosintesis |
ribosome | | | Kompleks RNA dan protein yang terdapat dalam semua sel hidup. Ribosom mempunyai diameter 20 nm, mengandungi 65% ribosom RNA dan 35% ribosom protein. Ribosom berfungsi mengungkapkan kod genetik daripada asid nukleik ke dalam protein melalui proses translasi. |
ferritin | | | Kompleks protein yang terdiri daripada 24 subunit protein dan merupakan protein penyimpan ion besi dalam kedua-dua prokariot dan eukariot. Feritin disimpan dalam bentuk larutan dan tidak toksik serta digunakan dalam sains bahan sebagai prekursor dalam penyediaan nanozarah besi untuk pertumbuhan nanotiub karbon, dengan menggunakan kaedah pemendapan wap kimia. |
Lewis acid | | | Bahan kimia yang dapat menerima sepasang elektron daripada suatu alkali untuk membentuk satu ikatan kovalen koordinat yang menghasilkan kompleks atau sebatian kimia baharu yang dipanggil aduk. Tindak balas asid-alkali Lewis ditunjukkan dalam rajah yang berikut: Contohnya, ion zink (Zn2+) ialah asid Lewis dan amonia (NH3) ialah alkali Lewis bertindak balas membentuk kompleks [Zn (NH3)4]4+. |
electroactive mediator | | | Kompleks multiprotein yang berubah bentuk apabila dikenakan voltan serta bertindak sebagai perantara. |
quaternary structure | | | Struktur kompleks protein yang terdiri daripada berbilang subunit protein. Satu subunit protein terdiri daripada dua atau lebih rantaian polipeptida. Contoh protein berstruktur kuaterner ialah hemoglobin dan polimerase DNA. |
cracking reaction | | | Proses pemecahan kompleks organik molekul yang besar kepada molekul kecil dengan memutuskan ikatan karbon. Proses ini dapat dijalankan secara tindak balas terma atau dengan menggunakan pemangkin nanozarah. |
hexamer | | | Supramolekul yang terdiri daripada enam komponen dendrimer tersusun secara swapasang dan dikenali juga sebagai kompleks dendrit supramolekul. |
photochemical switch | | | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
molecular recognition | | | Keupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut. |
|
Tesaurus |
---|
| kompleks | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan rumit ( sulit, sukar, kusut, celaru, ruwat, ruwet, sukar, payah, ) (adjektif:) Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan bangunan ( gedung, hotel, istana, puri, kondominium, flat, mahligai, pangsapuri,
vila, wisma, ) (kata nama:)
3. Dalam konteks psikologi bersinonim dengan rasa bangga diri, rasa rendah diri, perasaan tidak yakin, obsesi, mania,
fobia., (kata nama:)
|
|
|