PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
islet of Langerhans | | | Kelompok sel yang berbentuk bulat atau bujur, yang berselerak di seluruh pankreas, dan bertindak sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan insulin dan hormon seperti lipokaik. Kelompok Langerhans dikenali juga sebagai kelompok pankreas. |
rare-gas nanocluster | | | Kelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron. |
fluorophore | | | Komponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH. |
insulin | | | Hormon protein yang terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan lemak yang dihasilkan oleh sel beta daripada kelompok Langerhans dalam pankreas. Insulin berfungsi mengawal kandungan gula di dalam darah. |
|
Tesaurus |
---|
| kelompok (kata nama) | 1. Bersinonim dengan gugusan: kumpulan, himpunan, gerombol puak, kelas, kaum, kobok, orang gerombongan,
rombongan, pasukan, gelung, regu, toboh,
2. Bersinonim dengan tumpak: longgok, gundukan, rangkai, gugus, tompok, timbunan, pusu, busut,
| Kata Terbitan : kelompokan, berkelompok, |
|
|