PeribahasaJalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.TakrifHendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.TakrifKalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat beban sudah ke tepi.TakrifSuatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang.TakrifTiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemukut di tepi gantang.TakrifSesuatu yang tidak dihargakan sangat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMajlis di tepi air, merdesa di perut kenyang.TakrifOrang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSumur (di)tepi jalan, siapa haus boleh minum.TakrifPerempuan lacur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPecah bunyi (= tepi), buruk berita.TakrifKejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.TakrifJangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMayat sudah di tepi kubur.TakrifPekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tepi (kata nama) | Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;, | | Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi, |
|
Puisi |
---|
|
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|