PeribahasaAnak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan.TakrifJikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu makan, tahu simpan.TakrifPandai menyimpan rahsia. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau pandai makan, pandai simpan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu di asin garam.TakrifBanyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Banyak makan garam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?TakrifSengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak tahu dibasabasi.TakrifTidak tahu adat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin bersiru, kami tahu.TakrifSudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSupaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.TakrifAjaran supaya tahu akan susah hidup.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.TakrifKalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBusuk yang tak tahu dibaunya.TakrifOrang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera.TakrifSekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali bekas kena, dua kali bekas tahu, tiga kali baru jera).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Air pasang dayung sampan, Angin turun baik layarkan; Tahu makan tahu simpan, Rahsia jangan tuan khabarkan.
Lihat selanjutnya... |
|