PeribahasaLaksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit).TakrifOrang yang tidak tahu membawa diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit.TakrifDiri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tahu menganyam, pandan disalahkan.TakrifTidak mahu mengaku kebodohan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk muka cermin dibelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur.TakrifTidak sedar akan kekurangan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUdang tak tahu di bongkoknya.TakrifTak insaf akan kekurangan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Udang hendak mengatai ikan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah?TakrifSengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri.TakrifOrang yang tidak tahu akan dirinya sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk muka cermin dibelah.TakrifDiri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.TakrifSesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tahu (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,
3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing, Berantonim dengan membiarkan
| Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini.
Lihat selanjutnya... |
|