PeribahasaTinggi banir tempat berlindung.TakrifTabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRebung tidak jauh dari rumpun.TakrifTabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAmak berlela, amak berupa.TakrifBanyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.TakrifTabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada lukah yang kenyang oleh air.TakrifTabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.TakrifTabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ekor anjing berapa pun diulurut [akan dia] tiada juga betul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?TakrifPerangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.TakrifTabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.TakrifTabiat orang tak mungkin berubah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih.TakrifDaripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tabiat (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;, | | Kata Terbitan : bertabiat, |
|
|