PeribahasaUsul menunjukkan asal.TakrifSifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHitam bagai buntut (= pantat) belanga.TakrifPerihal keburukan sifat seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda.TakrifSifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkal genap menahan cuba, emas baik menahan uji.TakrifKeutamaan sifat seseorang dapat diuji dan dicuba. genap = cukup timbangannya; bungkal (bungkalan) = anak timbangan, ukuran berat emas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.TakrifSesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak manusia nan tidak gawal.TakrifSalah dan sikap adalah sifat manusia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaYang lahir memperlihatkan yang batin.TakrifPerbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.TakrifDaripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru tertawa.TakrifKelakuan yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk.TakrifDarjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sifat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,
2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,
| Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat.
Lihat selanjutnya... |
|