PeribahasaMenegakkan juek-juek sesudah menyabit.TakrifSesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.TakrifSesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGuna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.TakrifDigunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kalah baru berkubu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah bertarah, berdongkol pula.TakrifSesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah lulus maka hendak melantai.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah kecurian baru mengunci pintu.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeperlus maka hendak menutup lubang.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar hendak melanda, panjang hendak melindih.TakrifSesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGigi tanggal, rawan murah.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Lihat selanjutnya... |
|