PeribahasaTangguk rapat, keruntung bobos.TakrifSuami pandai mencari wang, isterinya pemboros.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.TakrifPerkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBenang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.TakrifKetangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTangguk kedap orang Kelang.TakrifTerlalu kikir. kedap = rapat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemukul kucing di dapur.TakrifMenganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelukah ikan dalam panai.TakrifMenganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelakak kucing di dapur.TakrifMenganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.TakrifKalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.TakrifOrang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| rapat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh, Berantonim dengan jarang
2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit, Berantonim dengan jauh
3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra, Berantonim dengan renggang
| Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.
Lihat selanjutnya... |
|