PeribahasaBelayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai.TakrifSegala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepuk dada tanya selera.TakrifSesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.TakrifJika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.TakrifSebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain.TakrifBiar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSehabis kelahi teringat silat.TakrifSetelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemahiran itu sebaik-baik guru.TakrifSesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSungkal tak berbalik, unggun padam bara.TakrifPekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSenduk berdegar-degar, nasi habis budi dapat.TakrifMembuat pekerjaan yang kurang baik, akhirnya akan mendapat malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam.TakrifBiar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
|