PeribahasaTak ada itik yang bertengger.TakrifPekerjaan-pekerjaan yang besar dan sukar tak akan dapat dilakukan oleh orang yang tidak berilmu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai ikan lampam di ulak jamban.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.TakrifMenyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenimbau boleh, menggala-gala tak tahu.TakrifPandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKapal satu nakhoda dua.TakrifSuatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuangkan nasinya yang tersaji di lutut.TakrifMeninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembuat mahu menuras tidak.TakrifMembuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMayat sudah di tepi kubur.TakrifPekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSehabis kelahi teringat silat.TakrifSetelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
|