PeribahasaLangit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.TakrifBerhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar kapal besar gelombang.TakrifMakin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDikati sama berat, diuji sama merah.TakrifPangkat atau kedudukan yang sama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah tinggi dijulang pula.TakrifSudah tinggi pangkat dipermuliakan pula.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDulu timah, sekarang besi.TakrifOrang kecil memperoleh pangkat tinggi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDari ajung (= jung) turun ke sampan.TakrifDiturunkan pangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJatuh di atas tilam.TakrifBeruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSetinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.TakrifPangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaButa baru celik (= melihat).TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBungkuk (bongkok) baru betul.TakrifAngkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| pangkat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,
2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,
| Kata Terbitan : berpangkat, |
|
|