PeribahasaMuka licin, ekor berkedal.TakrifPada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.TakrifTiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuka berconteng arang.TakrifMendapat malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMuka bagai ditampal dengan kulit babi.TakrifTiada tahu malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuruk muka cermin dibelah.TakrifDiri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembasuh muka dengan air liur.TakrifMemperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTarik muka dua belas.TakrifKecewa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDatang nampak muka, pergi nampak belakang.TakrifDatang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelinga terbakar muka menyala.TakrifLekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTebal kulit muka.TakrifOrang yang tidak tahu malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
29 | Better death than dishonour | Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah | Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup | We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! | Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
306 | Let bygones be bygones | Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. | Buang yang keruh, ambil yang jernih | We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones. | Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
304 | Forgive and forget | Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. | Buang yang keruh, ambil yang jernih | We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let forgive and forget . | Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| muka (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,
2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka, |
|
Puisi |
---|
|
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 306 Let bygones be bygones Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru. Buang yang keruh, ambil yang jernih We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones. Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|