PeribahasaMenganga baru meludah.TakrifFikirkan masak-masak sebelum mengeluarkan kata-kata yang pedas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDibalik-balik bagai memanggang.TakrifDifikirkan masak-masak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepuluh kali ukur, sekali kerat.TakrifBerfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBiar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian, b. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.TakrifFikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati.TakrifBerfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPadang perahu di lautan, padang hati di fikiran.TakrifFikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelah dijual maka dibeli.TakrifSebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| masak (adjektif) | 1. Dalam konteks buah bersinonim dengan tua, matang, ranum, Berantonim dengan muda
2. Dalam konteks daging bersinonim dengan empuk, lembut, lunak, Berantonim dengan mentah
2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua, Berantonim dengan mentah
| Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak, |
|
Puisi |
---|
|
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.
Lihat selanjutnya... |
|