PeribahasaTersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.TakrifKetika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.TakrifKetika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut.TakrifBerbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaOmbak membanting sendirinya.TakrifMarah yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeruras katang-katang.TakrifSangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Dilumas dengan daun katang-katang). beruras = dilumas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRasa pedih cuping telinga.TakrifMarah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ular dikutik ekor.TakrifMarah yang amat sangat; bergerak cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti harimau lepas tangkap.TakrifMarah dan bengis.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTakkan harimau makan anaknya.TakrifMarah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah dipandang seperti kuman.TakrifTerlalu marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| marah (kata kerja) | Bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang,
menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati,
sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak,
naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga,
menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang,
mendongkol, palak, meranyuk;, | | Kata Terbitan : memarahi, memarahkan, kemarahan, pemarah, |
|
Puisi |
---|
|
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.
Lihat selanjutnya... |
|