PeribahasaTidak kekal bunga dikarang.TakrifKekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMengejar (= mengejan) tuah, najis keluar.TakrifTerlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemahal-mahal gading, kalau patah tiada berharga.TakrifBetapa pun tinggi kemuliaan seseorang itu kalau sekali telah berbuat jahat akan turunlah derajatnya (darjatnya), tak dipedulikan orang lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti gadis jolong bersubang, bujang jolong berkeris.TakrifSangat sombong kerana kekayaan (kemuliaan) yang baru diperolehnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang.TakrifHendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup, jangan mengharapkan sangat kepada bantuan orang. emas pembawa = harta pemberian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia.TakrifMuslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| mulia (adjektif) | Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;, | | Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan, |
|
|