PeribahasaKalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak.TakrifPerbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah.TakrifOrang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anak ayam kehilangan induk (= ibu).TakrifKesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti cebok (= gayung) dengan tempayan.TakrifIbu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan meludah ke langit.TakrifJangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKering tempayan, cebok pun jauhlah.TakrifSetelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinyak duyung perendang duyung.TakrifMenghabiskan harta tuannya (= ibu bapanya) sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBomoh mencari orang sakit.TakrifOrang perempuan mencari suami; ibu bapa mengemukakan anak gadisnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.TakrifKasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUpah bidan pun tak terbayar.TakrifAnak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| ibu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat, Berantonim dengan bapa
2. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan induk, inti, pokok,
| Kata Terbitan : keibuan, |
|
Puisi |
---|
|
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.
Lihat selanjutnya... |
|