Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. 1. Tempat tinggal untuk ayam digelar reban, Tempat tinggal untuk arnab digelar sebagai reban atau kandang? ATAU kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan. Terima kasih. | Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan (kandang, reban) boleh digunakan. | Tatabahasa | 19.05.2015 |
1. Hutan ialah tempat haiwan tinggal. 2. Hutan ialah tempat tinggal haiwan. Pls kindly help to adv which is the correct. Thank you | Ayat yang betul ialah "Hutan ialah tempat tinggal haiwan." | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir. | 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepat | Tatabahasa | 25.07.2011 |
Salam sejahtera, Kita harus menyayangi tempat tinggal kita. Oleh itu, semua penduduk Kota Manis patut menghadiri kempen tersebut, bak kata pepatah muafakat membawa berkat.(selepas bak kata pepatah perlu bubuh tanda koma di belakang sebagai jeda?Sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa tolong betulkan.) Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, selepas frasa "bak kata pepatah", tidak perlu diletakkan tanda koma sebagai jeda. Selain itu, contoh ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 26.02.2020 |
Adakah DBP Sarawak mempunyai kuarters tempat tinggal untuk stafnya? | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan kuarters kediaman untuk staf. | Lain-lain | 27.01.2017 |
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir | ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir | Makna | 04.09.2019 |
Saya ingin bertanya beberapa istilah Indonesia. Saya menerima surat yang datang dari Indonesia, tapi saya kurang faham mengenai maksudnya. Contohnya, Hunian, Rumah Susun, cp. | 1. Hunian bermaksud tempat yang dihuni /tempat tinggal/ kediaman 2. Rumah Susun bermaksud rumah atau bangunan bertingkat yang terbahagi kepada beberapa tempat tinggal (masing-masing untuk satu keluarga) / flat | Makna | 28.05.2008 |
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Beratus-ratus penduduk negara itu kehilangan tempat tinggal akibat banjir. Pertanyaan: Adakah beratus-ratus penduduk betul? Terima kasih. | Beratus-ratus merupakan kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Kata bilangan juga boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Sehubungan dengan itu, penggunaan beratus-ratus penduduk atau beratus-ratus orang penduduk betul. | Tatabahasa | 06.03.2021 |
Ayat mana satu yang betul? "Tempat (tinggal mereka) selalu banjir." atau "Tempat (mereka tinggal) selalu banjir." Terima kasih di atas bantuan anda. | Kedua-dua ayat itu betul. | Tatabahasa | 22.10.2009 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, terjemahan yang sesuai bagi "snow trench". Istilah ini digunakan untuk menyatakan tempat tinggal sementara di kawasan kutub. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang snow trench dalam pangkalan data kami. Melihat kepada konsep dan fungsi snow trench melalui carian kami di Internet, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada pondok salji. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
Puisi |
---|
|
Mana tiku mana piaman, Batu kecil kiliran padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi.
Lihat selanjutnya... |
|