Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
'Menghapuskan tabiat boros' atau 'menghapuskan tabiat berboros'. Yang manakah betul? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Menghapuskan tabiat boros". | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apa kata lawan bagi perkataan 'fitrah' (tabiat, sifat semulajadi). Sekian, terima kasih. | Fitrah bermaksud tabii, iaitu mengikut sifat (keadaan, pembawaan dll) yang asli atau yang semula jadi. Dalam sumber rujukan kami tidak ada satu perkataan khusus yang menjadi kata lawan bagi kata fitrah, kata lawan yang berdekatan dengan maksud fitrah ialah sifat yang terhasil melalui rekaan, ciptaan, lakonan dan sebagainya. | Tatabahasa | 08.12.2010 |
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik. | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 08.12.2011 |
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
Saya keliru antara perkataan "mencontohkan" dan "mencontohi". Bagaimana kita hendak menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat? | "Mencontohkan" bermaksud memberikan sesuatu sbg contoh, menjadikan contoh: masalah ini samalah spt seseorang melihat sebuah rumah yg saya contohkan dahulu. "Mencontohi" pula bermaksud membuat sesuatu dgn mengikut contoh, mengambil contoh, meniru, meneladani: guru hendaklah dr mula menunjukkan tabiat yg baik supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak; kita umat Islam harus mencontohi keperibadian dan sifat-sifat Nabi Muhammad SAW. | Tatabahasa | 21.06.2007 |
boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ? | Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004 | Lain-lain | 28.07.2007 |
MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH DALAM BAHASA MALAYSIA:- 1) SELF-DETERMINED MOTIVATION 2) HEALTHIER EATING BEHAVIORS | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined motivation diterjemahkan kepada motivasi penentuan kendiri. Manakala perkataan healthier eating behaviour diterjemahkan kepada tabiat pemakanan yang lebih sihat jika bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.05.2013 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian. | Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. | Makna | 10.11.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| tabiat (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | Bersinonim dengan kelakuan, perangai, tingkah laku, perilaku, sifat, resmi, resam, watak, lagak, telatah, gelagat, perbuatan, gaya, cara, gerak-geri, tindak-tanduk;, | | Kata Terbitan : bertabiat, |
|
|