Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana saya memohon sebarang kekosongan jawatan di DBP?Saya lulusan Diploma tapi tidak mempunyai pekerjaan buat masa ini dan sangat memerlukan pekerjaan yang tetap.Saya sudah mencuba untuk membuka borang kosong melalui Intenet tapi tidak berjaya. | Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri. | Lain-lain | 28.04.2008 |
Apa makna perkataan "matang" | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); | Makna | 01.09.2010 |
Menteri RTM kata Bahasa Malaysia tetap akan ganti Bahasa Melayu walau pun pihak Umno dari luar negeri mengemukakan usul dalam perhimpunan Umno. kononnya atas alasan perpaduan. Isu bahasa sudah lama selesai dalam kontrek sosial sebelum merdeka. itu sebab sudah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 152. Mengapa pemmimpin kita takut sangat bangsa cina dan hindu yang tidak jemu2 membangkitkan isu ini. klau zaman Datuk Harun , Senu, Jaafar Albab , Musa hitam orang tak berani tegur Melayu pun. la ni mereka jual Melayu. Harap DBP dapat bertahan kerana araahan kabinet itu bercanggah dengan Perlembagaan dengan ain perkataan tidak berpelembagaan. kalau perkara ini di heboh nanti mereka pinda Perlembagaan pula... Habis Melayu. Bahasa Melambangkan bangsa. Tiada bahasa tiada bangsa. elayu akan hilang di dunia. | Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan terhadap isu ini dan kami berharap tuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 05.11.2007 |
adakah betul ejaan 'petroliam' pada singkatan Petronas? | Saudara, Perkataan 'petroleum" dalam bahasa Inggeris apabila diserapkan ke dalam bahasa Melayu tetap menjadi "petroleum" bukan "petroliam". Walau bagaimanapun, perkataan "petroliam" pada nama Petronas sudah menjadi nama khas yang telah didaftarkan. | Ejaan | 21.10.2010 |
Saya sudah menyiapkan CD berserta 5 buah buku bergred berkaitan kaedah membaca tanpa mengeja. Bagaimanakah caranya memperoleh HAK CIPTA TERPELIHARA dan mendapatkan kod ISBN, dan apakah langkah-langkah yang patut saya buat untuk memperbanyakkan untuk edaran di pasaran ? | 1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. 2. Perkhidmatan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan diberikan secara PERCUMA kepada semua penerbit di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ISBN/ISSN/PDP boleh dengan menghubungi Pusat Bibiligrafi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia,Tingkat 18, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur di talian 03-26871700 samb. 4288 / 03-26814329. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 29.07.2007 |
maksud rangsum, lestari dan mapan atau mampan | Menurut Kamus Dewan edisi keempat, rangsum ditakrifkan sebagai catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara. Kata lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap membawa maksud yang hampir sama dengan mampan, iaitu mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yg baik (bkn ekonomi, pembangunan dsb) atau dalam bahasa Inggerisnya "sustainable . Sementara kata mapan bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap, contohnya: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~. | Tatabahasa | 26.11.2008 |
Bagaimana kita nak pastikan pengejaan kata majmuk itu dilakukan secara berjauhan atau berdekatan. Adakah kata kunci khusus yang boleh kita jadikan panduan. | Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
Salam, mengapakah imbuhan pinjaman akhiran bagi 'biduanita' dan 'karyawanita' ialah '-nita' dan bukannya '-ita'? Hal ini adalah kerana jika dipecahkan ejaannya, huruf 'n' sudah sememangnya ada pada kata dasar sebelum ditambahkan imbuhan. Terima kasih. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, nita merupakan akhiran pinjaman daripada bahasa Sanskrit bukannya ita. Perkataan biduanita dan karyawanita menerima akhiran nita. Perkataan biduanita terhasil apabila biduan(kata dasar) + nita (akhiran) menghasilkan biduanita bukannya biduannita iaitu huruf n digugurkan. Akhiran nita tetap digunakan bukannya ita. | Tatabahasa | 10.07.2013 |
Tuan, berikut merupakan ayat-ayat yang say ingin tanya. 1. Dia menceritakan semula kisah sedihnya. 2. Dia menceritakan kisah sedihnya semula . Kedua-dua ayat berikut manakah yang betul? Jika kedua-dua betul, sila membezakan maknanya. 1. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. 2. Walaupun sudah bertahun meninggalkan kampung pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya. Terima Kasih. | 1. Dia menceritakan kisah sedihnya semula. "Menceritakan" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti dengan objek, iaitu "kisah sedihnya". 2. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. Ayat ini betul. 3. Walaupun sudah bertahun meninggalkan pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya. | Tatabahasa | 16.05.2012 |
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh meradang ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut. | Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan. | Makna | 02.11.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
|