Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Rupa paras atau paras rupa yang tepat? | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. Lazimnya, paras rupa lebih banyak penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
apakah etimologi dan makna bagi rupa? | : Etimologi bg kata rupa ialah dari Sanskrit yg salah satu membawa makna rupa wajah. Untuk aspek makna kata rupa secara lebih terperinci sila rujuk Kamus Dewan, terbitan DBP ms 1357. | Makna | 04.01.2007 |
Rupa buah "kelapa laut" yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam adalah seperti yang dilihat dalam gambar di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Borassus_flabelliferDan nama saintifik yang diberikan ialah "Borassus flabellifer".Tetapi pencarian istilah "kelapa laut" di PRPM memberi takrifan "Lodoicea maldivica", iaitu buah ini:http://en.wikipedia.org/wiki/Coco_de_MerJadi, mana satu buah "kelapa laut" yang betul? | Untuk makluman nama saintifik yang diberikan, iaitu Lodoicea maldivica terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Nama saintifik ini merupakan nama untuk sejenis kelapa laut. Mungkin nama yang puan kemukakan merupakan salah satu spesies kelapa laut. | Istilah | 02.11.2011 |
rupa abang saya menyerupai datuk kami. | Puan Ainun, Tiada soalan dikemukakan. Sila kemukakan kemusykilan puan semula. | Lain-lain | 27.03.2010 |
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! | 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih. | Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
perkataan rupa, tiada, lebih, nostalgia, dan benar dalam golongan kata apa? | Rupa, nostalgia, dan lebih: kata nama tiada: kata kerja benar: kata adjektif | Lain-lain | 07.03.2013 |
1.____, kamu rupa-rupanya yang mengambil beg saya! 2._____, rupa-rupanya kamu yang mencuri pen saya! Apakah kata seru yang paling sesuai untuk ayat-ayat ini? | Kata seru yang sesuai digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut ialah oh. | Tatabahasa | 24.08.2013 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya untuk Kata Seru dimana kami mempunyai sedikit perbalahan pendapat: 4. _______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini! kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). Di harap pihak tuan dapat membantu kerana saya merupakan guru Matematik yang mengajar BM di SJKC dan berseorangan. Saya juga akan mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah BM di IPG berdekatan untuk masalah ini. Terima Kasih. | _______, rupa-rupanya kamulah yang merosakkan lukisanku selama ini! kata Lim kepada Cheah. A. Ah B. Eh C. Oh D. Cis dimana jawapan yang kami persetujui ialah D.Cis, namun begitu terdapat beberapa sangkalan dimana mengatakan kata seru C.Oh juga boleh diterima kerana menggunakan perkataan (rupa-rupanya). oh = sr kata utk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dll): ~, baru ini kau tahu!; ~! kata Ros terkejut; o II. cis = sr kata utk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll); mengeciskan mencemuh, mengatakan cis (kpd): kerana perbuatan kau yg keji itu, nanti aku diciskan oleh orang di sini. Yang lebih tepat ialah kata seru 'cis'. | Tatabahasa | 13.10.2012 |
1. rupa-rupanya dan rupanya kedua-dua perkataan ini adalah sama maksud atau tidak ? Boleh berikan penerangan tentang perkataan-perkataan tersebut ? 2. Kami memberikan ( tepukan yang gemuruh.) ATAU Kami memberikan (tepukan gemuruh.) Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? 3. Beliau ( menyeru kami agar )selalu bersenam. ATAU Beliau ( menyeru agar kami )selalu bersenam. Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? Terima kasih. | 1. Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali. 2. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. 3. Beliau menyeru kami agar selalu bersenam. Menyeru ialah kata kerja tak transitif dan mesti diikuti objek daripada kata nama/frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 17.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| rupa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,
2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,
3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,
| Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan, |
|
Puisi |
---|
|
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Lihat selanjutnya... |
|