Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Rumah di kawasan setinggan itu rapat-rapat belaka. Penggunaan "rapat-rapat" dalam ayat ini betul ? | Penggunaan "rapat-rapat" itu betul yang bermaksud "dengan seberapa rapat yang boleh atau dengan betul-betul rapat. | Tatabahasa | 30.10.2009 |
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan? | Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut: litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi liput bermaksud 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll) Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan. | Makna | 25.05.2012 |
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketat | Jawapan yang sesuai ialah C dan D. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
apakah maksud glotalisasi? apakah konsonan yang mengalami glotalisasi? | Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman). | Lain-lain | 20.10.2010 |
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah. | 1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk. 3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah. | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa? | Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman. | Tatabahasa | 29.10.2010 |
salam tuan.... adakah penggunaan kata "rapat" ini betul Rumah Salina terletak rapat dengan sekolah. terima kasih | Antara maksud rapat termasuklah dekat sangat atau berhampiran sungguh. Penggunaan kata rapat dalam ayat tersebut dibenarkan dengan syarat kedudukan rumah itu dekat sangat dengan sekolah. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;. Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan. | Tatabahasa | 08.09.2016 |
kenapa barangkali dieja rapat tetapi sering kali tidak dieja rapat | Kata “barangkali” ialah golongan kata hubung dan dieja rapat, manakala kata “sering kali” yang dieja terpisah ialah kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 72 – 75 dan 289. | Ejaan | 26.02.2025 |
|
Tesaurus |
---|
| rapat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh, Berantonim dengan jarang
2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit, Berantonim dengan jauh
3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra, Berantonim dengan renggang
| Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.
Lihat selanjutnya... |
|