Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Rahmat RamliView Profile 3:13PM Rahmat Ramli Rahmat apakah sudah tiada lagi biasiswa sarjana tun syed nasir?.. | Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224. | Lain-lain | 01.06.2016 |
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul? | Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Rahmat Ramli 9.57 PAGI Mohonlah DBP dapat usahakan sedikit peruntukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengambilan Munsyi Dewan pada tahun ini, jika sebelum-sebelum ini pemohon/calon Munsyi Dewan tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos, tapi tahun ini, kami terpaksa keluarkan kos, Bahasa Melayu bahasa ibunda kita, Munsyi Dewan antara pejuang Bahasa Melayu kita, selayaknya diberi penghargaan.. | Kami ambil maklum cadangan tuan dan kami salurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini. | Lain-lain | 11.09.2017 |
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat | Ayat yang betul ialah Semoga tuhan mencucuri kami rahmat | Tatabahasa | 07.08.2010 |
1.Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yg banyak. 2.Rahmat kelihatan sugul apabila memikirkan tugasannya yg banyak. Ayat 1 atau 2 yg paling tepat.. | Rahmat kelihatan bingung apabila memikirkan tugasannya yang banyak. Bingung bermaksud tidak tahu apa yang hendak dibuat. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Salam sejahtera pihak DBP. Ada kemusykilan. Ayat yang mana betul? A) Semoga roh allahyarham dicucurkan rahmat daripada Allah ATAU B) Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah. C) Semoga Allah mencucurkan@mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Terima kasih ya. | Ayat yang betul ialah "Semoga Allah mencucurkan/mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham." | Tatabahasa | 19.12.2022 |
Mengapa kata RAHMAH tidak terdapat dalam tesaurus DBP? Adakah ini bermakna kata RAHMAH sinonim dengan kata RAHMAT? Mohon pencerahan | "Rahmah" dan "Rahmat" berasal daripada bahasa Arab, iaitu dan kamus DBP merekodkan perkataan rahmat sahaja. Oleh itu, "Rahmah" bersinonim dengan "Rahmat". | Lain-lain | 23.02.2023 |
Minta penjelasan untuk ayat berikut. Ayat manakah yang betul? i) semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t ii) semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t Terima kasih. | Semoga roh beliau dicucurkan rahmat oleh Allah SWT. | Tatabahasa | 13.02.2013 |
Rahmat Ramli RAB 12.24 PTG Rahmat Ramli salam tuan, mohonlah/usahakanlah agar pengambilan munsyi dewan pada tahun ini mendapat tajaan daripada kpm mahupun agensi luar, selayaknya munsyi dewan mendapat penghargaan kerana merekalah merupakan salah satu komponen yang memperjuang bahasa melayu kita.. | Terima kasih atas cadangan yang tuan berikan. Kami akan kemukakan cadangan ini kepada bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 30.08.2017 |
"By the grace of God (Dei Gratia; dalam gelaran British misalnya)" lebih sesuai diterjemahkan maksudnya kepada "Dengan rahmat Tuhan" ataupun "Dengan limpah kurnia Tuhan"? Atau kedua-duanya boleh diterima? | Frasa "dengan rahmat Tuhan", "dengan limpah kurnia Tuhan" atau "dengan limpah rahmat Tuhan" boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu. | Tatabahasa | 03.01.2025 |