Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) Dengan berbekal maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 2) Dengan berbekalkan maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Ayat (1) atau ayat (2) betul iaitu "dengan berbekal" atau "dengan berbekalkan" 3) memperbaharui lesen atau membaharui lesen? Terima kasih. Salam | 1. Ayat yang betul ialah Dengan berbekalkan maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 2. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain). Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 17.09.2015 |
boleh tolong berikan maksud masyarakat?? | Sdr. Nurul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan inilah yang dimaksudkan dengan masyarakat - kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; Terima kasih | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera? | 1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai") 2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri" *Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | Lain-lain | 12.05.2015 |
Diminta jasa baik /tuanpuan untuk mengesahkan atau membetulkan mana-mana terjemahan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan pihak puan, ini adalah permintaan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Equipment description Perihal Peralatan Slug Catcher Penangkap Slug By Pass Vessel Pengandung Pirau Gas Scrubber Penggosok Gas Launcher/ Receiver Pelancar/Penerima HP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan HP By Pass Flash Separator Pemisah Kilat Pirau LP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan LP Fuel Gas Scrubber Penggosok Gas Bahan Api HP Flare Scrubber Peggosok Api HP Foam Tank Tangki Busa Sekali lagi, jasa pihak tuan/puan amat dihargai. | Soalan saudara ini tidak jelas dan senarai istilah tidak tersusun. Walau bagaimanapun, kami telah menjawab soalan ini pada soalan no.17068. | Istilah | 20.02.2010 |
Apakah yang dimaksudkan cencaru makan petang? | Peribahasa "cencaru makan petang" bermaksud pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
Salam. Saya ingin menyemak terjemahan saya untuk tajuk bahasa Inggeris ini. Adakah betul atau tidak? - Marker Operation Planning & Supervision: Penyeliaan dan Perancangan Operasi Marker Apakah terjemahan tepat bagi perkataan 'Marker'? Marker di sini ialah salah satu pekerjaan di dalam industri pakaian dan tekstil. Mohon jasa baik tuan menyemak dan mengesahkan terjemah tepat bagi Marker. Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, marker bermaksud penanda. Cadangan terjemahan yang sesuai untul Marker Operation Planning & Supervision ialah Penanda Perancang Operasi dan Penyeliaan. Mohon nyatakan tugas kerja pekerjaan ini untuk rujukan.
| Makna | 12.03.2018 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya kepada tuan tentang penggunaan istilah 'geng'..saya sudah menyemak di dalam kamus dewan yang membawa erti kumpulan pekerja atau kumpulan penjahat. Saya ingin kepastian samada istilah tersebut sesuai atau tidak untuk digunakan di sekolah saya memandangkan kami akan memberikan badge kepada murid yang sudah khatam Al-quran dengan melabelkan pada bedge tersebut dengan GENG KHATAM.. Cadangan ini berikutan fenomena pihak media tv yang menggunakan istilah tersebut seperti rancangan geng bas sekolah dan geng surau di ASTRO.. sekian, harap dapat penjelasan dari tuan... terima kasih. | Kata geng lazimnya dikaitkan dengan konotasi negatif, iaitu yang dilakukan bersama-sama untuk pekerjaan jahat. Kata geng jika dikaitkan dengan pekerjaan yang baik seperti 'Geng Khatam' dan 'Geng Surau' sememangnya tidak sesuai dari segi makna kata tersebut. Oleh itu, kami cadangkan nama ini ditukar kepada nama lain yang membawa maksud yang baik dan tidak dikaitkan dengan konotasi negatif sesuai dengan konsep rancangan tersebut seperti 'Rakan Khatam' dan 'Rakan Surau'. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Peribahasa |
---|
| 47 Don't bite off more than you can chew Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri. Bayang-bayang tidak sepanjang badan Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget. Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|