Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah pekerjaan Encik Roslan? 1Pekerjaan Encik Roslan ialah sebagai anggota polis trafik 2Pekerjaan Encik Roslan sebagai seorang anggota polis trafik Manakah jawapan betul? kenapa? bukankah 'Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik' lebih sesuai? | Ayat yang lebih gramatis ialah Encik Roslan bekerja sebagai anggota polis trafik. | Tatabahasa | 06.08.2013 |
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan | 1. rendang ayam.
2. mewujudkan peluang pekerjaan. | Tatabahasa | 26.10.2013 |
jelaskan dengan ringkas apakah perbezaan diantara profesion dan pekerjaan | Profesion ialah pekerjaan yang selalunya memerlukan kelayakan yang tinggi dan latihan khas, misalnya dalam bidang undang-undang, perubatan dan perakaunan. Manakala pekerjaan ialah sesuatu yang dilakukan atau diusahakan secara berterusan untuk mencari nafkah. | Makna | 26.07.2009 |
apakah maksud kecuaian dalam pekerjaan | Puan Jamiah, Maksud "kecuaian dalam pekerjaan" dapat ditakrifkan secara literal bahawa sesuatu perbuatan yang cuai atau lalai ketika melaksanakan pekerjaan atau tugas yang diarahkan. Bersama-sama ini dilampirkan takrifan kata "cuai dan pekerjaan" yang dipetik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan puan. kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya | Makna | 06.03.2009 |
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. | (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI DBP...TERIMA KASIH | Kami amat mengalu-alukan sekiranya saudara mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 04.01.2013 |
Bagaimana memohon pekerjaan di Dewan Bahasa dan Pusataka ? | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 09.11.2009 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Salam. Pekerjaan yang paling sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Pekerjaan yang amat sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Betulkah penggunaan kata penguat paling dan amat pada ayat di atas. Tolong nyatakan mengapa salah. Sekian Terima kasih. | Kedua-dua kata penguat yang digunakan dalam ayat betul. | Tatabahasa | 11.05.2013 |
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih. | TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut. | Lain-lain | 09.06.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
|