Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya sedang membina salasilah 'Family Tree' keluarga besar saya. Saya mendapati pangkat-pangkat yang diberikan kepada ahli-ahli keluarga seperti paklong, pakngah, paklang dsb dalam sesuatu keluarga besar tu tidak standard...justeru, sila beritahu pangkat-pangkat yang betul dalam sebuah keluarga besar contohnya punyai 18 orang (ini satu kenyataan dlm keluraga besar saya)! | Untuk makluman sdr, nama panggilan panggilan seperti nenek, datuk, moyang, piut, oneng-oneng dan sebagainya ada dimasukkan dalam entri Kamus Dewan Edisi ketiga. Contohnya, kata nama piut, iaitu keturunan yg kelima (cucu kpd cucu); ~-miut keturunan yg sudah jauh; piat-~ anak cucu yg sudah jauh. Untuk makluman sdr, panggilan kata nama bagi keturunan antara negeri di negara kita berbeza-beza. Contohnya "Yong" nama timang-timangan utk kakak yg sulung; 2. Jh panggilan utk ibu saudara yg tertua. Begitu juga dengan panggilan "long" iaitu, singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. Justeru, sdr dinasihatkan agar membuat penyelidikan di Perpustakaan Negara atau universiti-universiti. | Lain-lain | 29.09.2010 |
ayat betul untuk: kenaikan pangkat @ kenaikkan pangkat? | Saudara, Yang betul ialah kenaikan pangkat. Perkataan kenaikan ialah kata nama terbitan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 08.01.2010 |
BOLEH DAPATKAN SAYA FOMAT SURAT KENAIKAN GAJI | Sdr Azura, Surat kenaikan pangkat hendaklah mengandungi antaranya maklumat-maklumat seperti yang berikut: - jawatan kenaikan pangkat - pihak berkuasa melantik/meluluskan jawatan kenaikan pangkat - tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat - syarat-syarat kenaikan pengkat - penempatan baru jawatan kenaikan pangkat - pegawai yang perlu ditemui semasa melapor diri untuk kenaikan pangkat - imbuhan dan faedah yang diberikan dalam jawatan kenaikan pengkat - implikasi sekiranya menolak jawatan kenaikan pangkat. | Lain-lain | 19.08.2008 |
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |
apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim. | Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam .. Karim halim, dato',2007. gunung ganang.? | Puan Nurulhuda, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Ada kamus untuk menyemak terjemahan sama ada dari B. Malaysia ke B. Inggeris dan sebaliknya untuk terma-terma politik, serta pangkat dan darjat, dan gelaran untuk orang kenamaan dan Keluarga DiRaja. Terima kasih. | Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisidan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri) dan Malaysian Protocol: and Correct Forms of Address (Abdullah Ali). | Lain-lain | 26.03.2009 |
Jika penama tiada pangkat Dato', yang manakah penyataan yang betul? 1. YB Ahmad bin Ali atau.... 2. YB En. Ahmad bin Ali | Frasa yang betul ialah YB Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang menteri itu mempunyai gelaran (anugerah) Dato', Tan Sri, Dr. atau Haji, maka kata sapaan untuk menteri tersebut ditulis atau dipanggil seperti yang berikut: 1. YB Dato' Seri atau YB Tan Sri 2. YB Tuan Haji 3. YB Dr. | Tatabahasa | 28.03.2009 |
Tuan, Memohon untuk memastikan pangkat untuk disertakan dalam penulisan nama dalam sijil, contohnya: Kalau seseorang berpangkat Professor, Professor Madya dan lain-lain, macamana nak letak di dalam sijil. terima kasih. | Untuk penulisan dalam sijil, kami mencadangkan nama ditulis dengan menyertakan sekali jawatan yang diperoleh oleh penerima sijil tersebut. | Lain-lain | 22.11.2013 |
dalam format surat rasmi, pangkat AAP adakah perlu di Italic(mengiring)? CONTOH: NUR HAYATI BINTI MOHD AZHAN.,AAP | Tidak perlu diitalikkan ejaan pingat, contohnya Puan Norhayati binti Mohamad, AMN. | Ejaan | 07.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| pangkat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan martabat: darjat, kedudukan, taraf, status, kufu, tahana,
2. Bersinonim dengan peringkat: tingkatan, tahap, paras, kedudukan, kelas, darjah, gred,
| Kata Terbitan : berpangkat, |
|
|