Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya dapati Kementerian Pelajaran Singapura menyediakan daftar PERIBAHASA. Satu daripada Peribahasa (Simpulan Bahasa) itu ialah : Berani mati dan pengertiannya ialah orang yang bertekad. Apabila saya cuba mengajar murid-murid saya dengan pengertian "orang yang nekad atau orang yang tidak endahkan keselamatan dirinya, mereka kata itu tidak tepat. Harap pihak tuan dapat beri penjelasannya. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan berani mati sebagai tidak takut mati. Perkataan tekad pula bermaksud berazam atau berniat dalam konteks ini orang yang berazam dan berniat untuk mati. Jika diteliti maksud frasa "tidak takut mati" dan "berazam untuk mati", kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, ada baiknya saudara berbincang dengan panel penulis daftar peribahasa tersebut bagi mengungkapkan maksud sebenar ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Apakah pengertian Jenayah? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; | Makna | 07.06.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| nekad (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gigih: cekal, tabah, kuat kemahuan, kuat semangat,
2. Bersinonim dengan berani: tidak takut, tidak gentar, dakar, Berantonim dengan takut
3. Bersinonim dengan tidak mahu mengalah: keras kepala, keras hati, degil, tegar hati, tegar tengkok, tekak,
bengal, bingal, babil, ungkal, mengotot, dampit, senggang, dahagi, keras keng, deging,
| Kata Terbitan : kenekatan, |
|
|