Kata |
Takrif |
Sumber |
tabah hati | tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabah II | = ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dgn ~; bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal; menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan (hati), menetapkan hati; ketabahan = ~ hati perihal tabah, keberanian, kecekalan hati, keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam telah dapat mencapai kemenangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabah | berani menghadapi bahaya dll; tidak gentar; cekal hati. | Kamus Pelajar |
tabah hati | berani menghadapi bahaya dll; tidak gentar; cekal hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabah | , = ~ hati berani menghadapi bahaya dll; tidak gentar; cekal hati. menabahkan, = ~ hati menjadikan tabah (hati); memberanikan (hati); mencekalkan hati. ketabahan, = ~ hati sifat atau keadaan tabah; keberanian; kecekalan hati: Berkat ~nya, dia telah berjaya dlm peperiksaan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menentangi | 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berani | tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat(-sifat) berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berani | tidak berasa takut menghadapi bahaya; tidak gentar menghadapi sesuatu: Orang yg ~ tidak akan mundur apabila berhadapan dgn musuh. ~ lalat pura-pura berani tetapi sebenarnya takut. ~ mati tidak takut mati. memberanikan membangkit-bangkitkan hati supaya berani; memberangsangkan: Saya ~ diri naik ke atas rakit dan mencuba memadamkan api itu dgn gebar. keberanian sifat-sifat berani: Cerita ttg ~ askar-askar Raja Haji menyerbu ke dlm kubu Belanda di Teluk Ketapang itu sungguh menggerunkan. | Kamus Pelajar |
darah gemuruh | mudah berasa gentar (tidak tenang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gentar | 1 gerakan berulang-ulang dgn cepat, spt tali gitar yg dipetik; getar. 2 ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1 menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2 ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. penggentar 1 sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2 orang yg bersifat gentar; penakut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
nda VIII; ~ uduor | tidak gentar, tidak takut, tidak mahu mengalah. | Melanau Mukah | |
|
Peribahasa |
---|
| 492 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man , but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|