Kata |
Takrif |
Sumber |
bengal | 1 berasa pekak sebentar kerana ditampar. 2 tidak dpt berfikir atau berasa bingung kerana sakit dsb. 3 ki tidak mahu mendengar nasihat; keras kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bengal | 1. pekak sebentar kerana kena tampar dll; 2. bingung, teringa-inga (kerana sakit dll): kepala saya masih ~ lagi; 3. tidak mendengar kata orang, keras kepala; 4. Jk nakal, jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengal | 1. berasa pekak sebentar kerana ditampar. 2. tidak dpt berfikir atau berasa bingung kerana sakit dsb. 3. ki tidak mahu mendengar nasihat; keras kepala. | Kamus Pelajar |
bingal | bengal, degil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binal-binalan | 1. bengal, keras kepala; 2. liar (bkn binatang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binal | Jw = binal-binalan 1. bengal, keras kepala; 2. liar (bkn binatang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besar kepala | a) keras kepala, bengal; b) bongkak, sombong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teledor | (telédor) 1. tidak menjalankan tanggungjawab, lalai, lengah, malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2. tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya; 3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dll); 4. ark bodoh, bengal, degil (makian);meneledorkan tidak mempedulikan kewajib-an dll, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan; keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besar | 1. tidak kecil (ukurannya): bangunan parlimen ~ dan tinggi; kereta ~; bertubuh ~; 2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dsb) tertinggi: di depan sekali tempat orang-orang ~; guru ~ guru yg tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah); kerani ~ kerani yg tertinggi (ketua kerani); markas ~ markas tertinggi; 3. dewasa: anak-anaknya sudah ~; 4. ukuran lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dll): ~ badannya dua kali badan saya; 5. banyak: projek ini menelan belanja yg ~; bergaji ~; 6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain: raja yg ~ lagi adil; 7. mempunyai kegiatan perniagaan yg meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (bkn syarikat, perusahaan, dsb): sebuah syarikat yg ~ di Malaysia; perusahaan yg ~; 8. menelan belanja yg banyak dan ramai bilangan jemputannya (bkn kenduri, majlis, sambutan, dsb): kenduri ~; 9. amat penting (bkn hajat, niat, tugas): mereka datang membawa hajat yg ~; 10. sukar diatasi: masalah ~ yg memeningkan kepala; ~ akal sl banyak akal, pandai; ~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh; ~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau; ~ hati a) bangga, gembira; b) bongkak, sombong; ~ kepala a) keras kepala, bengal; b) bongkak, sombong; ~ mulut banyak cakap, sombong; ~ panjang dewasa; ~ perut a) gelojoh, pelahap; b) hamil; ~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya prb banyak penghasilan banyak pula belanjanya; ~ pasak drpd tiang prb lebih besar belanja drpd pendapatan; besar-besaran = secara ~ 1. dgn cara (upacara dsb) yg besar (bkn sambutan, majlis perkahwinan, dsb): perkahwinan diraja itu disambut secara ~; 2. dlm bilangan yg banyak: kemasukan orang asing secara ~; menternak ayam secara ~; 3. banyak dan luas pasarannya: berniaga secara ~; 4. meluas dan bersungguh-sungguh (bkn kempen, gerakan, dsb): kempen antidenggi dijalankan secara ~; berbesar; ~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira); berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah; berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran; membesar 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; membesarkan 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil;memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; terbesar 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit;kebesaran 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar;pembesaran 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; pembesar 1. orang yg berpangkat tinggi: baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian; 2. Id ketua daerah (pejabat dll); 3. alat utk membesarkan sesuatu; ~ suara alat penguat suara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
deaf | adj pekak, tuli; (temporarily) bengang, bengap, bengal: to be ~ in one ear, pekak sebelah; Im still ~ from travelling in the plane, telinga saya masih bengap krn penerbangan tadi; be ~ to, /memekakkan, menulikan/ telinga [sso] thdp, sengaja tdk mahu mendengar: he is ~ to all her suggestions, dia memekakkan telinganya pd segala cadangan gadis itu; turn a ~ ear to, memekakkan telinga thdp, tdk menghiraukan: he turned a ~ ear to my pleas, dia memekakkan telinga thdp rayuan saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bay1 | n inlet, teluk: the B~ of Bengal, Teluk Benggala. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
border | vt 1. put border on, membubuh [sst] pd [sst] sbg sibar-sibar: she ~ed the handkerchief with lace , dia membubuh renda pd sapu tangan itu sbg sibar-sibar; 2. be a border to, menyempadani, membatasi: the river that ~s our land on the north, sungai yg membatasi tanah kami di sebelah utara; the countries that ~ the Bay of Bengal, negara-negara yg menyempadani Teluk Benggala; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deafen | vt 1. ( permanently), (act.) membuat [sso] /pekak, tuli/; (pass.) menjadi /pekak, tuli/: the explosion ~ed her for life, letupan itu membuatnya pekak seumur hidup; 2. (of loud noise, temporarily), a. (for its duration), (act.) memekakkan, membingitkan; (pass.) bingit telinga: they were ~ed by the loud music, bingit telinga mereka oleh bunyi muzik yg kuat itu; b. (after it has ceased), (act.) membengangkan, membengapkan, membengalkan; (pass.), (menjadi) /bengang, bengap, bengal/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
Rose Bengal test | uji Rose Bengal | ujian Rose Bengal | ujian Rose Bengal | Veterinar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Bengal famine | kelaparan Bengal | Biologi | Patologi | Mala petaka yang menyebabkan lebih kurang dua juta penduduk Bengal, India mati kelaparan pada tahun 1943, kerana kekurangan makanan. Hal ini disebabkan epidemi penyakit bintik perang pada padi yang disebabkan oleh kulat Cochliobolus miyabeanus. |
rose bengal | ros bengal | Kimia | Tiada | Tiada |
Bengal lace | renda Benggala | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Bengal silk | sutera Benggala | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
Bengal silk | sutera Benggala | Kesenian | Tiada | Tiada |
Rose Bengal Test | ujian Rose Bengal | Veterinar | Tiada | Tiada |
sadha | fabrik sadha; sebai sadha | Kesenian | Tiada | 1. Istilah yang merujuk kepada fabrik kapas polos di Bengal, India.,2. Istilah Punjab untuk sebai daripada benang sayat Kashmir bermutu rendah yang ditenun memanjang dan dicelup dengan satu warna padat. |
norwester | norwester | Sains | Hidrometeorologi | Ribut kencang jenis olakan, biasanya diiringi badai jajar, yang berlaku di Bengal dan Assam dalam bulan Mac hingga Mei. Ribut ini dinamakan sedemikian kerana kecenderungannya yang kuat untuk bergerak dari barat laut. |
norwester | norwester | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ribut kencang jenis olakan, biasanya diiringi badai jajar, yang berlaku di Bengal dan Assam dalam bulan Mac hingga Mei. Ribut ini disebut juga angin barat laut kerana kecenderungannya untuk bergerak dari barat laut. |
cyclone | siklon | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan taburan tekanan yang padanya terdapat tekanan pusat rendah berbanding dengan persekitarannya. Siklon dapat dicam pada carta sinoptik sebagai satu sistem isobar tertutup yang umumnya hampir menyerupai bentuk bulat atau bujur yang mengelilingi satu pusat tekanan rendah. Peredaran siklon adalah mengiri sekeliling pusat di hemisfera utara, dan menganan di hemisfera selatan. Siklon di latitud sederhana dan tinggi disebut lekukan. Siklon tropika sederhana dikenali sebagai ribut tropika; tetapi untuk yang lebih kencang, siklon tropika ini dikenali sebagai siklon di Lautan Hindi, Laut Arab atau Teluk Bengal, taufan di Pasifik Barat, willy-willy di Australia Barat dan hurikan di kawasan latitud tropika lain. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bengal | bangal. | kedayan | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bengal | [be.ngal] | بڠل |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengal |
|
|